27 March 2009

R&R Tapah - Gerai GOH BENG SIM - Anda tak perasan atau tak ambil kisah

Sumber dari : celikcilik.blogspot.com
Hari Ahad 2 November aku, isteri dan Amalia Huda (anak) singgah di R & R Tapah dalam perjalanan balik dari Taiping untuk menunaikan solat dan mungkin menjamah sesuatu.
Dipendekkan cerita selepas solat kami pun menuju ke kawasan gerai makanan. Boleh tahan ramainya orang walaupun bukan dalam cuti umum. Susah juga nak cari meja kosong. Cari punya cari dapatlah satu meja 6 kerusi. Kami 3 orang, ada orang nak kongsi kami alu-alukan.

Sambil menunggu isteri & anak membeli makanan, aku tiba-tiba mata aku tertumpu pada Gerai nasi ayam EXPRESS STALL yang betul-betul berdepan dengan temput duduk aku. Lelaki yang di bahagian depan yang menguruskan pesanan dan pembayaran kelihatan macam orang melayu tapi pakai rantai. Melayu kut. Melayu pun ramai yang pakai rantai leher. Aku teringat dulu ada gerai nasi ayam cina (ikut nama yang tertulis kat "signboard") yang aku nyaris-nyaris terbeli nasi ayamnya.
Mata aku terus tertumpu kepada signboard gerai tu. "GOH BENG SIM" Nama "owner" agaknya. Nama Gerai "Express Stall". Bila aku lihat ke dalam gerai aku lihat tukang masak dan yang bekerja semua macam cina. Cuma mereka ni berpakaian seragam yang sopan dengan kupiah tutup kepala berwarna putih. Secara sepontan boleh membuatkan fikiran kita kata cina muslim agaknya. Tapi nama tuan punya "GOH BENG SIM" menyebabkan aku berpendapat gerai ini adalah kepunyaan orang cina. Dua tanda halal di papan tanda mengesahkan lagi. Kerana biasanya gerai orang melayu tak meletak tanda halal di gerainya.

Apa yang ingin aku ketengahkan ini bukan soal perkauman. Aku sebagai seorang muslim memang takkan makan makanan masakan orang bukan muslim. Walaupun ada sebilangan orang melayu yang tak kisah, aku rasa ramai yang takkan makan kalau jelas Nasi Ayam tu "Non Muslim" yang masak. Tapi aku lihat ramai juga orang islam yang makan digerai tersebut. Yang bertudung, yang berkupiah putih, pak aji mak aji.

Yang menambahkan geram aku tu bila lihat orang cina yang bekerja di gerai tersebut bekerja dengan gaya tertunduk-tunduk seolah-olah nak mengelakkan orang mengecam mereka dan mereka tidak akan bersuara kecuali lelaki muda yang kelihatan seperti melayu. Sempat juga aku memberitahu 2,3 orang adik-adik yang kelihatan hendak membeli di gerai tersebut. Apabila diberitahu mereka kata "nasib baik". Memang mereka tak perasan.

Soalnya sekarang salah siapa? Adakah PLUS harus memainkan peranan supaya pengguna Islam tak tertipu atau kita sendiri sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih gerai. Aku pernah terkena sekali di Gerai Nasi Ayam kat Giant Batu 3, Shah Alam. Bila dah habis makan baru perasan. Rasa nak muntah pun ada. Aku sertakan juga gambar untuk tatapan korang.
p/s Rasanya cerita yg sama jugak pernah di laporkan oleh 9w2dtl.blogspot.com

Ayam Diberi Enzim Babi?


Ayam diberi enzim babi: Mudah busuk

“Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jerman dan Belanda.






“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh sebenar 35 hingga 40 hari,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.

“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.

Untuk pengetahuan: Dicalcium phosphate-serbuk tulang; tulang apa???fikirkan dan persoalkan.

25 March 2009

24 March 2009

Old Town Kopitiam - TAK Halal Jugak?

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-


Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)








.
Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages
Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ‘Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup’. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ ‘JAIPK’ pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunju ng, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK’HAINAN (juga ‘TIDAK HALAL’). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga ‘TIDAK HALAL’) selain menghidangkan `noodles @ mee’ yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya’ yang antara isi kandungannya terdapat ‘LUNCHEON MEAT’. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak’ restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM’ yang ‘TIADASTATUS HALAL’ dan kini terbukti ‘TIDAK HALAL’ nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN’ JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?


Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM’ walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitam,
NEWTOWN Kopitam
WHITE HOUSE Kopitam
PAK HAINAN Kopitiam
JOM BALI Kopitiam
adalah ‘TIDAK HALAL’.

Wallahualam…
p/s sumber dari blogmixterr.com

23 March 2009

Non-Halal lagi?


Isu hangat, ayam-ayam ni yang dijual di TESCO tidak disembelih dengan betul dan HARAM dimakan...tah2 kita sendiri dah byk beli buat makan sekeluarga...makan benda haram ini boleh buat macam2 gejala tak baik terhadap umat islam....Hati jadi keras, suka bergaduh sesama sendiri, kalau berniaga tak dapat support dari bangsa sendiri, biarkan org lain kesusahan, berpecah belah.

Tengokla mcm sekarang ni..kurang harmoni diantara kita sesama melayu.....Ini antaranya sebab benda-benda haram ni dah sebati dengan isi kita..kita tak rasa apa2 sgt..malah yg proses tu org kita jugak.....itu baru ayam yg tak sah sembelihan...belum lagi bab unsur2 khinzir yg mungkin ada dalam permakanan kita harian...kita boleh tau kah perkara ini...? Jabatan Agama Islam pun bukan cukup kakitangan utk pantau semua ni...dan dah jadi tugas kita secara bersama utk lihat semua ini...perasan atau tak perasan..hati kita dah gelap...

Di harap pihak berkenaan makin kerap menjalankan pemantauan dan saya tak pasti adakah talian bebas tol atau no SMS untuk pengguna membuat laporan terhadap kegiatan makan "halal yang haram" yang disyaki berlaku di kawasan persekitaran.


3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
Berita Harian, 20 Feb 2008

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

21 March 2009

Are you an employee?

Do you know your responsibility? Did someone explaining you your task in your workplace before commencing?
Read this... this is an ACT..




___________________________________________________
OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT
AND REGULATIONS. (ACT 514)
All amendments up to February,2001
Part IV, Section 24 :

GENERAL DUTIES OF EMPLOYEES
24.(1) It shall be the duty of every employee while at work –
(a) to take reasonable care for the safety and health of
himself and of other persons who may be affected by his act or omissions at work;

(b) to cooperate with his employer or any other person
in the discharge of any duty or requirement imposed on the employer or that other person by this Act or any regulation made thereunder;

(c) to wear or use at all times any protective
equipment or clothing provided by the employer for the purpose of preventing risks to his safety and health; and

(d) to comply with any instruction or measure on
occupational safety and health instituted by his employer or any other person by or under this Act or any regulation made thereunder.

(2) A person who contravenes the provisions of this
section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one
thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months or to both.

Non Halal Chicken?


Ayam kalau dicucuk di lidi lepas tu dibakar dengan bahan-bahan tertentu jadi sate ayam sedap juga, ini ayam cucuk yang dimaksudkan ialah ayam yang tidak disembelih tetapi menggunakan alat untuk mencucuk di leher ayam tersebut supaya mati.

Ayam ini tidak halal dimakan oleh umat Islam kerana dikategorikan sebagai bangkai. Berhati-hati semasa membeli ayam di pasar,pasar malam, macam-macam mart dan lain-lain tu.


Untuk mengenal ayam cucuk ialah di leher ayam tersebut ada kesan lubang seperti dicucuk. Seperti gambar di sebelah:
Kalau dalam Islam syarat sah sembelihan ialah mesti putus urat halkum dan urat merih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh di angkat pisau tersebut semasa proses penyembelihannya.


*Ayam yang putus urat merih

Berikut adalah dari akhbar metro hari ini:

SHAH ALAM: Halalkah ayam yang anda makan? Persoalan itu mungkin menjadi tanda tanya apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini, awal pagi semalam menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.

Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Dalam operasi jam 3.30 pagi semalam dan berakhir tiga jam kemudian itu membabitkan Jais, Jabatan Mufti Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Turut sama dalam operasi itu Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.
 

blogger templates | Make Money Online