19 June 2009

Nasi Lemak 7-Eleven - Nak tau?


Dari email BloGadmin,

Salam semua,

Kepada pengemar nasi lemak yg selalu membeli nasi lemak d 7-eleven di Selangor
saya nasihatkan hentikan tabiat anda itu.....pagi tadi saya singgah kat kedai husband saya
dan ternampak satu kedai makan "cha ya nun alif" ni...and tgk ada seorang chinese girl tgh potong sayur di sebelahnya anjing tgh dok hidu sayur2 dia tu.....tetiba tergerak hati nk tya husband saya...

ini restoran ke apa? pastu hubby sy ckp dia terlupa nk cerita kt saya.....tempatnya saya terpaksa rahsia kan....mintak maaf sbb atas sebab2 keselamatan awam...heheheh

Menurut hubby saya ini bukan restoran tp tempat packing nasi lemak + bihun goreng utk di pasarkan ke 7 eleven seluruh selangor...

Owner ni dpt contract 3 tahun ngan 7 eleven....pekerjanya ramai Indon....salah sorang Indon kt tempat tu cerita kt hubby saya nasi lemak yang dia org proses halal...barang2 pun dari sumber2 yg halal...

Tapi masalahnya tgh mengoreng nasi lemak pun ada anjing kt kaki apa hal.....so tepuk dada tanya iman....
pada pandangan saya memg x halal sebab x menjaga kebersihan langsung...mcm mana nk halal anjing kiri kanan.....
So moralnya lebih baik beli nasi lemak yg di jual melayu kita di kaki2 lima tuh......

Wallahualam..

8 June 2009

Berhenti Merokok - Kaedah & Petua


Walau pun kerajaan mengambil untung apabila menaikkan harga cukai setiap tahun, bermacam usaha di lakukan oleh kerajaan supaya rakyat Malaysia berhenti merokok. Contohnya gambar-gambar mengerikan di kotak rokok dan pelbagai kempen diadakan.

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

* Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
* Yakinkan diri
* Buat nota peringatan
* Katakan pada diri anda ˜Aku bukan perokok"
* Tumpukan pada hari ini
* Sentiasa berfikiran positif
* Dapatkan sokongan
* Lawan keinginan untuk merokok
* Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
* Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

o Melengahkan-lengah
o Minum banyak air
o Menarik nafas panjang
o Membuat sesuatu
o Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
o Mengunyah sesuatu
o Membasuh tangan
o Mandi dengan kerap
o Melakukan senaman regangan
o Memohon doa
Jika mahu tahu dengan lebih lanjut, anda layari di http://www.quit-smoking-for-good.org/

5 June 2009

Mengurus OSH - Satu Panduan


Buku panduan ini boleh didapati dari JKKP dan amat bagus untuk mereka yang ingin memulakan sesuatu perniagaan.
Terdapat soal jawab yang lazim dimana selalu bermain difikiran majikan semasa membuat keputusan untuk berniaga.
1- Memulakan perniagaan dengan selamat
2 - Mengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
3- Kewajipan menjaga Keselamana dan Kesihatan ditempat kerja.
4. - Senarai Alamat dan nombor telefon JKKP seluruh Malaysia.
Buku ini diterbit dalam dwi-bahasa.

2 June 2009

Mangsa letupan gas memasak (18SG)

Jika anda jenis lemah semangat, jangan tengok gambar ini. Tapi ini adalah akibatnya dari kecuaian kita dalam memastikan keselamatan di dapur sendiri. Gas memasak ini sepatutnya dijaga dengan baik dan di beri perhatian yang serius kerana ia merupakan satu sumber bahaya yangtedapat di rumah anda.







 

blogger templates | Make Money Online