14 July 2009

SHO/E Family Gathering - Pantai Merdeka Kedah 31/7 & 1/8 2009


Memanjangkan berita dari laman web oshthejourney.blogspot.com
_____________________________________________
HARI KELUARGA & NETWORK
“NRG-SHE” AKAN DATANG PADA 31 JULAI 2009 & 01 OGOS 2009
JOM HEBOH & PAKAT-PAKAT MAI

NRG-SHE akan menganjurkan buat julung-julung kalinya “Family & Network Day” untuk “Semua Warga Pengamal-Pengamal Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar - OSHE”

Tarikh : 31 Julai 2009 & 01 Ogos 2009 (Jumaat & Sabtu)
Lokasi : Pantai Merdeka Resort, Pantai Merdeka, Sg Petani, Kedah
Terbuka Kepada : Semua Warga Pengamal-Pengamal Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar

Masa: 05.00ptg. - 12tghmlm. (31 Julai 2009- Jumaat) - ACARA MALAM (Keagamaan / BBQ Nite / Network)
Masa: 07.00pg. - 02.00ptg. (01 Ogos 2009- Sabtu) - ACARA SIANG (Program Sukaneka & Network)

Bayaran: RM15.00 (Dewasa) & RM7.00 (Kanak-Kanak 4-12 Tahun) - ACARA MALAM (BBQ Nite)
Bayaran: RM22.00 (Dewasa) & RM12.00 (Kanak-Kanak 4-12 Tahun) - ACARA SIANG (Program Sukaneka - Termasuk Sarapan Pagi & Makan Tengahari)

*SEMUA ACARA ADALAH PROGRAM SUKARELA*
"JOM KITA PAKAT-PAKAT SERBU PANTAI MERDEKA"

Tentatif Program :

31 Julai 2009
05.00ptg. - 07.00ptg. : PENDAFTARAN PESERTA
07.30mlm. - 08.30mlm. : SOLAT MAGHRIB/BACAAN YASSIN & DOA SELAMAT
09.00mlm. - 12.00tghmlm. : BBQ / KAROAKE / NETWORK / BEBAS

01 Ogos 2009
07.00pg. - 08.00pg. : SARAPAN PAGI
08.30pg. - 12.30tghari : SUKANEKA & NETWORK
01.00ptg. - 02.00ptg. : MAKAN TENGAHARI
03.00ptg. : BERSURAI / NETWORK / BEBAS

Program Sukaneka :

KANAK-KANAK :
1. MENIUP BELON HINGGA PECAH
2. LARI MEMBAWA BOLA PINGPONG
3. ISI AIR DALAM BOTOL
4. REBUT GULA-GULA
5. KUTIP SAMPAH

REMAJA
1. MENCARI BENDA TERSEMBUNYI DALAM TEPUNG
2. BOWLING PANTAI

DEWASA
1. MUMMY WRAPING
2. PASANGAN IDEAL
3. MUSANG BERJANGGUT
4. LARI BERPASANGAN
5. TARIK TALI
6. FUTSAL KAIN PELEKAT

Penginapan :
Sekiranya Ingin Menginap Di Merdeka Beach Resort (MBR)
Ini Adalah Harga Yang Berpatutan Dari Pihak Merdeka Beach Resort (MBR) : http://www.merdekabeachresort.com
Sila Berhubung Terus Dengan Pihak Merdeka Beach Resort (MBR) - (Pengurusan : ZUBINA JUBILEE S/B)
Akaun Bank : MAYBANK (5021-8400-1864)
04-437 7555 / 04-437 7550
Bilik Orchid : RM130.00 (terhad 16 unit)
Bilik Melati (Seaview) : RM130.00 (terhad 3 unit)
Bilik Melati (Poolview) : RM100.00 (terhad 7 unit)
Bilik Lily (Seaview) : RM130.00 (terhad 4 unit)

Pendaftaran Acara : Di Buka Sekarang Sehingga 20 Julai 2009

Pembayaran Acara : Setiap Pendaftaran Untuk Acara (Siang Atau Malam & Kedua-Duanya)

Hendaklah Di Masukkan Ke Akaun Di Bawah :

CIMB BANK : 07051181671528 (Anuar Bin Saidin)
MAYBANK : 107095727949 (Azhar Ahmad Bin Ahmed Rifaie)
PUBLIC BANK : 4852698225 (Mohamad Yusri Bin Haji Yusoff)

*Selepas Membuat Pembayaran; Sila Simpan Resit Untuk Pendaftaran Pada 31 Julai @ 01 Ogos 2009*

*Sila Hubungi PIC Di Bawah Selepas Membuat Pembayaran*

Maklumat Selanjutnya; Bolehlah Menghubungi :
En. Anuar : 019-443 8339 (anuarsaidin@gmail.com)
En. Aladdin : 019-417 9673 (aladdinosama@gmail.com)

JOM HEBOH & PAKAT-PAKAT MAI…
BOLEH PIII TANJONG DAWAI BELI IKAN KERING & KEROPOK…
MAI PEKENA MEE UDANGGG PAK KOB & PAK SYIM PULAU SAYAK



Salam & Greeting To All,

Memohon Kerjasama Kepada Sesiapa Yang Berminat Menyertai Program Di Atas; Sila Berikan Nama & Bayaran Kepada “PIC” Di Atas Supaya Dapat Pihak Kami Membuat Persediaan Yang Lebih Awal…..TQ

Regards…Aladdin Osama

7 July 2009

Nescafe 3 in 1 Boleh merosakkan Buah Pinggang?


Air nescafe!! huh sungguh umphh.. Memang ramai lelaki yang gemar dengan minuman ini, lebih-lebih lagi budak-budak bujang atau berada di Universiti. Sebab apa? sebab lazat and stim owh!!. Bangun pagi mesti ada air ni. Layan beb! Aku bukan perokok tapi aku penggemar cofee. Tapi bila aku terima email tentang Nescafe 3 in 1, aku sungguh hampa sekali! Ingat rokok je leh sakit tapi nescafee pon leh sakitlah? Kene bertukar ke coffee yang lebih mahal lah… atau kopi yang hampeh rasanya!
Dari email BloGAdmin;
"Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir.
Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa..
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan “Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)”

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari
selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah
tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari..
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat..

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Huh macam mana plak kopi Super Power, CNI, Power Root 3 in 1 dan yang lain-lain? Ni pasal 3 in 1 kan, so yang tak 3 in 1 punya nescafee leh lah minum erk. Ahaha. Entah betul atau tidak atau rekaan semata-mata!! Para Saintis, cikgu, lecturer, professor!! Cepat buat kajian!!

5 July 2009

H1N1 - Pendekkan lawatan anda ke Hospital..


Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini telah memendekkan waktu lawatan pesakit sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan Influenza A (H1N1) atau selsema babi.

Pengarah HSA Dr Daud Abdul Rahim dalam satu kenyataan hari ini berkata waktu melawat pada tengah hari yang sebelum ini dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang telah dipendekkan setengah jam iaitu dari pukul 1 hingga 2 petang sahaja.

Waktu melawat sebelah petang juga dipendekkan setengah jam iaitu dari 4.30 hingga 6.30 berbanding 4.30 hingga 7 malam sebelum ini.

"Orang awam tidak digalakkan mengujungi hospital tersebut dan setiap pesakit hanya dibenarkan menerima dua pelawat yang berumur 12 tahun ke atas sahaja. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dilarang dibawa ke hospital kecuali untuk mendapatkan rawatan," kata Dr Daud.

HSA adalah pusat rawatan pengidap H1N1 bagi negeri ini.

sumber: bernama
 

blogger templates | Make Money Online