8 August 2009

Anda suka Coca-cola?


Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah
kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan
dari seluruh dunia mengenai minuman ringan
Coke: Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda
lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila
berlaku kemalangan.

Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team.

Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya,
adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi
Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali
dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke
dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada
dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci
kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper
kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium
foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau
hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja
setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan
ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru
tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari
pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh
bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah
minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.
Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia
mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang
paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti
suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
belakang dan tulang lain dalam badan yang
merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke siap dalam
botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis:
bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis
hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong
jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap
tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan atau
karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya
untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka
sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke.
Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu
kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum
Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak
bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah
ngan otakpun kena tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama.
Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N
dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga
69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman
Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih
dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam
candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya
adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan
kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi
kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh
gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit
gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat
minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan
yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh
secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan
Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam
pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk
bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis
berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa
Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?
Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah
pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju,
buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan
lain-lain.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian
emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis
habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana
tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah
bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya
pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita
bercoke ...

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.

Artikel ini saya dapat daripada seorang rakan
saya. Betul atau tidak kalau nak tahu bolehlah
mencubanya. Saya pun belum cuba lagi. Yee lahh..
terkejut juga bila tahu bendanya sebab
kadang-kadang minum juga.

InsyaAllah teringin juga buat ujikaji apa yang
dikatakan tu. Nak tengok hasilnya. Sesiapa dah
mencuba nanti bolehlah kongsikan feedbacknya.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online