19 September 2009

Soya YEO's - HALALnya Meragukan



Salam kepada semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau(GREEN BEAN SOY DRINK)? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya,bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.???tgk-tgk lah ringankan lah mata tu untuk membaca isi kandungan tesebut

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........

Apa ke benda ni?Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek punya belek.....nah......., patutlah.......... Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!MasyaAllah..!!!!!!!!!!

ape nak jadi sekarang nie umat islam di negara sering tertipu tentang kesucian produk makan dgn miniuman.cuma halal yang ada pada umat islam sahaja.kita ibarat di permainkan oleh bangsa lain.kenapa kita harus tunduk dgn mereka

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak dan saudara seislam kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

SUMBER: PUSAT AGENSI KUALA KANGSAR

5 September 2009

Pemandu wanita - Hati-hati


Dari mailbox admin,

Nak kongsi pengalaman kawan satu ofis.
Petang semalam, Rabu 2/9/09 bila beliau dalam perjalanan pulang dr ofis ke rumah melalui jalan kat Hartamas (kat sekolah rendah tu).
Sedang lalulintas sesak samada oleh trafik light atau masing2 nak sampai rumah dulu, ada lah mamat melayu dua orang ni naik motor, mencelah2 dan menghimpit2 kereta yang bergerak perlahan2, sambil meninjau2 ke arah seat passenger kereta yang bersebelahan dengan nya.

Kawan saya ni dah perasan dan rasa tak sedap ati, suruh anaknye kebetulan bersamanye, berjaga2. Mamat dua ekor bermotor tu melepasi kereta kawan saya dan meninjau2 kereta CRV di hadapan kereta kawan sy sambil penunggang kedua mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Satu hentakan je, cermin kereta CRV tu pecah dan dgn pantas penyamun tu menyambar beg tangan di seat passenger dan terus chow selamba.

Pemandu CRV adalah seorang wanita dan beliau tidak dapat berbuat apa2 kerana terperanjat dan tergamam. Kwn sy sedar apa yang sedang berlaku, beliau bunyikan hon kuat2 supaya pemandu di hadapan sekali dpt menahan motor tersebut.... tp apa bole buat.... semua berlaku dalam sekelip mata... pemandu lain pun tak sedar apa yang sedang berlaku... kesian mangsa wanita tu...

Lagi satu tektik ialah 'hantu2' ni akan menggesel kenderaan anda. Kalau anda wanita dan berseorangan, jgn berhenti. Dah berlaku hand bag yg tanpa di awasi dalam kereta menjadi sasaran hantu2 ni bila mangsa turun untuk memeriksa kerosakan kereta.

Adalah disarankan supaya meletak barang berharga di kaki anda atau disebelah kanan anda, walaupun kurang selesa bila memandu, lebih2 lagi jika anda berseorangan. Berhati2 dan berwaspadalah.

Wassalam...
 

blogger templates | Make Money Online