5 September 2009

Pemandu wanita - Hati-hati


Dari mailbox admin,

Nak kongsi pengalaman kawan satu ofis.
Petang semalam, Rabu 2/9/09 bila beliau dalam perjalanan pulang dr ofis ke rumah melalui jalan kat Hartamas (kat sekolah rendah tu).
Sedang lalulintas sesak samada oleh trafik light atau masing2 nak sampai rumah dulu, ada lah mamat melayu dua orang ni naik motor, mencelah2 dan menghimpit2 kereta yang bergerak perlahan2, sambil meninjau2 ke arah seat passenger kereta yang bersebelahan dengan nya.

Kawan saya ni dah perasan dan rasa tak sedap ati, suruh anaknye kebetulan bersamanye, berjaga2. Mamat dua ekor bermotor tu melepasi kereta kawan saya dan meninjau2 kereta CRV di hadapan kereta kawan sy sambil penunggang kedua mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Satu hentakan je, cermin kereta CRV tu pecah dan dgn pantas penyamun tu menyambar beg tangan di seat passenger dan terus chow selamba.

Pemandu CRV adalah seorang wanita dan beliau tidak dapat berbuat apa2 kerana terperanjat dan tergamam. Kwn sy sedar apa yang sedang berlaku, beliau bunyikan hon kuat2 supaya pemandu di hadapan sekali dpt menahan motor tersebut.... tp apa bole buat.... semua berlaku dalam sekelip mata... pemandu lain pun tak sedar apa yang sedang berlaku... kesian mangsa wanita tu...

Lagi satu tektik ialah 'hantu2' ni akan menggesel kenderaan anda. Kalau anda wanita dan berseorangan, jgn berhenti. Dah berlaku hand bag yg tanpa di awasi dalam kereta menjadi sasaran hantu2 ni bila mangsa turun untuk memeriksa kerosakan kereta.

Adalah disarankan supaya meletak barang berharga di kaki anda atau disebelah kanan anda, walaupun kurang selesa bila memandu, lebih2 lagi jika anda berseorangan. Berhati2 dan berwaspadalah.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online